Jenis Kain Baju Baby yang Sesuai untuk Kulit Baby.

Jenis kain ni antara salah satu aspek yang mama dan papa selalu tak ambil berat bila beli pakaian baru untuk si manja. Asal cantik je baju baby ni, terus ambil dan bayar.

Kalau mama dan papa nak tahu, kebiasaanya baju baby yang cantik-cantik di kedai ni, kain dia kasar-kasar.

Kulit baby ni pula masih “baru”, lebih sensitive dari kulit orang dewasa: 3-5 kali lebih nipis (Sarah Kolman, registered nurse, master’s degree in Contemplative Psychotherapy).

Jadi, kalau kulit baby ni bergesel dengan kain baju yang kasar, apa agaknya yang berlaku?

Si manja lah yang rasa tak selesa. Itu yang selalu nangis-nangis. Sebab tak SELESA!

Ada yang sampai ruam-ruam kulitnya.

Sebab tu bukan semua jenis kain baby sesuai untuk dipakaikan.

Kain Cotton


Pakar bayi dan kanak-kanak mengesyorkan baju baby yang diperbuat dari kain kapas (cotton) sebagai yang terbaik untuk kulit si manja.


“Kain cotton?”

“Tapi kenapa?”

Sebab dalam banyak-banyak jenis kain, kain cotton ni antara kain yang lembut.

Kulit baby yang sensitif perlukan kain yang lembut untuk elakkan dari sebarang iritasi pada kulitnya.

Kain cotton juga sudah terbukti mampu serap peluh dengan sempurna dan sesuai disarungkan masa cuaca panas.

Tambahan lagi, property kain cotton yang dapat perangkap haba juga boleh membantu tubuh si manja kekal hangat ketika musim hujan.


Jadi, penting untuk mama papa tanya penjual tentang jenis kain sebelum beli baju baby ni.

Pilih kain yang lembut seperti 100% Cotton. Elakkan dari membeli baju baby yang dibuat dari kain synthetic seperti polyester atau rayon sebab akan buatkan si manja tak selesa.

Bagaimana mama ? Dah tahu nak pilih kain baju baby yang sesuai?

Kalau dah tahu, jangan lupa SHARE kat mommies yang belum tahu tau. 1f917 - Jenis Kain Baju Baby yang Sesuai untuk Kulit Baby.

p/s: di Baby Exclusive, kami menyediakan pakaian baby yang ada nama di baju. Dibuat dengan kain 100% cotton.

Bunyi menarik kan? Boleh bayang tak baju baby nama tu macam mana rupanya?

Memang menarik. Dan demi keselesaan babymama boleh wasap secara terus kepada staff kami untuk dapatkan baju baby yang sesuai untuk baby mama. Klik Sini untuk Wasap

Nah kami belanja 1 gambar baju baby nama tu dekat bawah ni. Boleh buat inspirasi untuk koleksi pakaian baby mama pula ?

27355628 2071643066399357 1315248565534503937 o 768x1024 - Jenis Kain Baju Baby yang Sesuai untuk Kulit Baby.

Baju baby ada nama Zahra ni diperbuat dari kain lembut 100% cotton.

Share This
Posted in Tips Baby.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *